Sunday, February 5, 2012

~~Salam Maulidurrasul~~

Assalamualaikum wbt…

Alhamdulillah akhirnya dapat jugak aku kesempatan nak update blog ni…dah setengah tahun aku tak update, sampai password pun aku lupa…alahai sedihnya…=_=”

Aku pun tak tau kenapa tangan aku ni tak tergerak nak update blog…banyak sangat agaknya benda nak kena fikir sampai dah tak ingat pasal blog (alasan)…huhu.
Dan dalam masa setengah tahun ni, macam2 benda yg jadi kat aku dan sekeliling…banyak benda yang aku lalui. Nama pun kehidupan ye tak? Mana la ada yang statik, mestila bergerak. Kita ja manusia ni yang kadang-kadang malas nak bergerak, sudahnya hidup tak pernah nak berubah. 

Apapun sekarang aku baru ja habis semester 5. Insyaallah pertengahan Februari ni aku akan masuk sem baru…tak terasa masa berlalu, dah 3 tahun aku kat sini. Dah separuh jalan aku lalui, Insyaallah tinggal separuh ja lagi. Semangat kena kuat, hati kena kental, sebab makin nak habis ni makin banyak dugaan yang akan datang. 

Tapi soal study tu nak letak ketepi sekejap untuk 2 minggu ni…sebab sekarang tgh sem break, so aku nak guna masa ni utk rehatkan minda dulu…hehe…^_^

Kebetulan pulak hari ni jatuh tanggal 12 Rabiulawal…Hari Maulidurrasul Rasul@ Hari kelahiran junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. So sempena hari yang mulia dan penuh keberkatan ni, aku nak ambil kesempatan ni nak ucap Salam Maulidarrasul untuk semua Muslimin dan Muslimat. Moga kita sama-sama dapat ambil iktibar dan jadikan Baginda sebagai contoh dan teladan untuk kita dalam seluruh kehidupan kita, serta cuba sedaya upaya untuk amalkan sebanyak mungkin sunnah-sunnah Baginda dalam kehidupan kita sehari-hari, disamping banyakkan berselawat pada Baginda, bukan sahaja hari ini, tapi setiap hari, moga-moga dengan apa yang kita amalkan, akan menjadikan kita ummat Baginda yang terpilih untk mendapatkan syafaat Baginda di hari akhirat nanti, Insyaallah. 


Jom kita rajin-rajin berselawat kepada Rasulullah SAW...^_^


Sesungguhnya di hari manusia saling tidak mengendahkan sesama manusia selain daripada kerisauan tentang soal timbangan amalan masing-masing, dan matahari dikhabarkan berada cuma sejengkal dari atas kepala, maka tiada yang lebih diharapkan selain dari syafaat Baginda, maka untuk itu, mari kita sama-sama cermin balik diri kita, layakkah kita untuk dapat syafaat dari Baginda nanti dengan apa yang telah kita amalkan sehingga hari ni? Berapa banyak kita berselawat pada Bagina dalam sehari? Berapa banyak sunnah-sunnah Baginda yang kita amalkan dalam kehidupan seharian kita? Tepuk dada, tanya iman. Marilah kita sama-sama menghisab diri kita sebelum kita dihisab di depan Allah Azza Wajalla. 

Wallahua'alam…=)

No comments:

Post a Comment