Tuesday, February 14, 2012

~~10 tanda hati mati~~

Assalamualaikum wbt…

Hari ni entri aku ringkas ja…aku just nak berkongsi tentang 10 tanda-tanda hati kita mati. Menurut Syeikh Ibrahim Adham (seorang ulama Sufi), antara sebab atau tanda hati seseorang itu mati ialah:

  • Kamu mengaku kenal Allah SWT, tetapi kamu tidak menunaikan hak-hak Nya.
  • Kamu mengaku cinta kepada Rasulullah SAW, tetapi kamu mengabaikan sunnah-sunnah Baginda. 
  • Kamu membaca Al-Quran, tetapi kamu tidak beramal dengan hukum-hukum dan isi di dalamnya.
  • Kamu memakan nikmat-nikmat Allah SWT, tetapi kamu tidak bersyukur di atas segala pemberian-Nya.
  • Kamu mengaku syaitan itu musuh, tetapi kamu masih mengikutinya.
  • Kamu mengaku adanya nikmat syurga, tetapi kamu tidak beramal untuk mendapatkannya.
  • Kamu mengaku adanya seksa neraka, tetapi kamu tidak berusaha untuk menjauhinya.
  • Kamu mengaku kematian itu pasti dating bagi setiap jiwa, tetapi kamu tidak besedia untuk menghadapinya.
  • Kamu menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi kamu lupa tentang keaiban diri kamu sendiri.
  • Kamu menghantar dan menguburkan jenazah saudara se-Islammu, tetapi kamu tidak mengambil iktibar daripadanya.

Marilah kita sama-sama kembali muhasabah diri dan terus memperbaiki diri dari masa ke semasa supaya hati kita sentiasa hidup dengan nur dan hidayah daripada Allah. Insyaallah selagi matahari terbit dari arah Timur, selagi itulah masih ada ruang dan kesempatan untuk kita terus mencari redha Allah. Moga Allah sentiasa memelihara kita dari perkara-perkara yang buruk. Amin.


Wallahua’alam…

2 comments: