Saturday, February 11, 2012

~~Scalling gigi~~

Assalamualaikum wbt…

Semalam ada seorang sahabat di Facebook bertanyakan tentang scalling gigi, katanya scalling tu sakit tak? Jadi hari ni aku nak kongsi sikit tentang scalling ni. Penah dengar istilah scalling gigi ni? Kalau mana yang dah pernah dengar dan pernah buat scalling tu bagusla, tapi bagi mereka yang belum tahu atau belum pernah buat rawatan ni, kat sini aku akan kongsi serba sikit pasal apa yang dimaksudkan dengan scalling tu dan bagaimana ianya dilakukan.

Scalling gigi merupakan salah satu tahap rawatan pencegahan bagi gigi. Ianya diklasifikasikan sebagai rawatan pencegahan kerana rawatan ini tidak hanya dilakukan pada gigi yang telah mengalami kerosakan, sebaliknya dilakukan pada gigi yang sihat untuk mencegah gigi tersebut mengalami kerosakan. Selain itu scalling juga menjadi dasar rawatan yang paling asas sebelum dilakukan rawatan yang lain, sebagai contoh untuk mereka yang ingin memakai braces ataupun pendakap gigi bagi meratakan gigi yang kurang rapi, rawatan scalling ini akan dilakukan terlebih dahulu.

Scalling dalam bahasa mudahnya adalah membersihkan gigi daripada sisa-sisa makanan yang berada di celah-celah gigi dan gusi. Umumnya, memberus gigi tidak 100% menjamin sisa makanan dapat dibersihkan dari gigi, maka sisa-sisa makanan yang tidak dapat dicapai oleh berus gigi lama kelamaan akan menjadi keras dan berkumpul di celah-celah gigi. Sisa-sisa makanan yang keras ini lebih dikenali degan nama plak dan calculus. Kebiasaannya gigi posterior ataupun gigi-gigi yang berada di bahagian belakang seperti gigi geraham menjadi tempat utama berkumpulnya plak  dan calculus ini kerana gigi tersebut digunakan untuk mengunyah makanan, dibandingkan dengan gigi di bahagian depan (gigi anterior). Selain daripada membersihkan plak dan calculus, scalling juga dapat membersihkan stain ataupun bahan-bahan bewarna yang melekat pada permukaan gigi seperti yang selalu terdapat pada mereka yang merokok dan gemar minum minuman seperti teh, kopi dan lain-lain.
 
Kenapa perlunya rawatan scalling dilakukan?

Seperti yang aku cakapkan tadi, plak dan calculus yang berkumpul di celah-celah gigi tidak dapat dibersihan secara menyeluruh dengan hanya memberus gigi. Lama-kelamaan, plak dan calculus ni akan menjadi lapisan yang tebal di permukaan gigi. Plak dan calculus ni merupakan tempat paling subur untuk bakteria dan kuman di dalam mulut membiak! Seperti yang kita tahu, bakteria dan kuman menjadi punca utama penyakit pada tubuh manusia, begitu juga di mulut. Bakteria yang tak dibersihkan ni lama-kelamaan akan mengakibatkan gusi mengalami infection yang menjadi punca kepada penyakit-penyakit gusi yang lebih parah seperti gingivitis, periodontitis, dan penyakit-penyakit yang lain seperti gigi berlubang (karies) dan sebagainya. Malah ada kajian yang menyatakan bakteria di mulut dapat menjadi punca kepada penyakit jantung dan strok! Oleh yang demikian, rawatan scalling ini sangat penting dilakukan untuk menjaga kesihatan mulut secara menyeluruh.

Bagaimana scalling dilakukan?

Biasanya dentist akan melakukan scalling dengan menggunakan alat yang dipanggil ultrasonic scaler. Alat ni mirip macam alat yang digunakan untuk menampal gigi yang karies sebab alat ni akan menimbulkan getaran. Bagi mereka yang pernah berjumpa dentist untuk tampal gigi, mesti boleh bayangkan serba sedikit macamna rupa alat tu. Ultrasonic scaler ni fungsinya untuk membuang plak, calculus dan stain yang ada di permukaan gigi. Untuk plak yang tak dapat dicapai oleh ultrasonic scaler sebab berada di celah-celah gigi di bahagian dalam, dentist akan menggunakan scaler secara manual. Kedua-dua jenis scaler ni akan menyebabkan timbulnya perdarahan pada gigi dalam jumlah yang sedikit, itu memang perkara biasa yang berlaku pada rawatan scalling sebab gusi merupakan anggota tubuh yang sangat kaya dengan kapiler darah. Namun perdarahan ni tidak sampai menyebabkan timbulnya kesakitan yang teramat sangat. Bergantung kepada kecekapan seorang dentist tu mengendalikan scaler, kalau dia pandai, maka darah yang keluar hanya sedikit dan tidak langsung berasa sakit. Cuma pada patient yang mengalami masalah gigi sensitif, getaran daripada alat scaler tadi yang biasanya akan ditafsirkan sebagai rasa sakit, sedangkan hal tersebut tidak terjadi pada semua patient. Harus diingatkan bahawa rasa sakit merupakan sesuatu yang subjektif, iaitu berbeza antara satu individu dengan individu yang lain. Kemudian setelah selesai dilakukan scalling, dentist biasanya akan memberikan ubat kumur kepada patient yang fungsinya untuk membunuh bakteria dan kuman yang masih berada di dalam mulut.

Rawatan scalling paling bagus dilakukan adalah minimum 2 kali setahun ataupun 6 bulan sekali, dan jarak minimum antara satu kali scalling dengan scalling yang berikutnya adalah sekitar 3 bulan. Harus diingatkan bahawa terlalu kerap melakukan scalling juga tidak baik kerana dapat menyebabkan lapisan gigi menjadi nipis. Kalau ini berlaku, masalah gigi sensitif akan timbul. Too much a good thing can be a bad thing.

Sebelum scalling
Selepas scalling
                                           
Biasanya seseorang akan berasa takut untuk melakukan scalling buat kali pertama, namun kalau sudah biasa, tidak ada apa pun yang perlu ditakutkan sebenarnya. Bagi mereka yang pertama kali mahu melakukan scalling, tetapi masih ragu-ragu, dapatkanlah maklumat daripada dentist ataupun mereka yang sering scalling supaya dapat membina keyakinan diri untuk melakukan rawatan ini. Kata pepatah, lebih baik mencegah daripada mengubati, jadi jagalah kesihatan gigi dan mulut sebelum ianya terlambat…=)


"Kurangkan gula dalam minuman, tambahkan manis dalam senyuman"


Wallahua’alam…

18 comments:

  1. Anonymous11/2/12 17:07

    kalau dh buat scaling sekali mmg kne buat scaling susulan ke??

    ReplyDelete
  2. Bergantung kepada keadaan gigi anda. Macam yang saya katakan, paling bagus minimum scalling dilakukan adalah 2 kali setahun. Jadi tidak semestinya perlu scalling susulan. Ianya lebih kepada sebagai rawatan pencegahan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous11/2/12 17:26

      macam menyakitkan je..lagi2 kalau dapat dentist yang ganas..by the way kenapa lepas scaling ada rasa ngilu+sakit?normal tak tu?

      Delete
    2. Tak sakit sangat sebenarnya kalau memang dilakukan dengan cara dan prosedur yang betul. Dapatkan maklumat daripada kawan2 yang pernah buat scalling akan lebih membantu dalam menigkatkan keyakinan diri. Ya memang selepas scalling akan ada rasa ngilu dan sakit sedikit kerana lapisan gigi yang ditutupi plak sebelumnya terdedah selepas dilakukan scalling. Gigi akan beradaptasi dengan hal ini dan rasa ngilu yang timbul akan hilang dalam beberapa hari kemudian. Itu perkara normal, jadi jangan terlalu risau ya.

      Delete
    3. Anonymous11/2/12 17:38

      okeh2...thanx ya..nanti bagi la diskaun ye kalau ada buka klinik sendiri...scaling mahal laaa..
      info padat..keep it up^_^

      Delete
    4. Insyaallah. Terima kasih atas sokongannya. Moga bermanfaat untuk kita semua...=)

      Delete
    5. Tp rasa ngilu lps scaliing memg normal ya?? Kalau lama sngt rasa ngilu tuhh boleh bawa serius ker??

      Delete
    6. Nak tnya,gigi sya kt depan ni pecah skit…sya dh tampal bnyk kali tpi ttp dya terkeluar jdi persoalannya mcm mna nak bgi tampalan tu tahan doc?

      Delete
  3. Anonymous11/2/12 18:08

    =)
    urm nk tnya..perasan x waktu comment2 ni?blog awak ni ikut waktu negeri mana?bkn supposed kalau sy comment dr tmpt sy aknkeluar waktu tempatan sy ke?
    pelikss..
    no problem..sy memang ada mslh gigi pun..tu yg tgh baca2 psal gigi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya juga kurang pasti, baru perasan...takpa nanti saya cuba tengok setting akaun blog saya...=)
      Kalau ada masalah gigi, cepat2 pergi buat pemeriksaan dan rawatan dengan dentist ya sebelum jadi lebih parah. Cegah sebelum parah. =)

      Delete
  4. salam..
    menarik!
    nak tny..
    kalau g jumpa dentist just cakap nk buat scaling boleh ka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam wbt...
      yup2 boleh maz...tak jadi masalah...
      tapi kalau dentist yang macam rajin sikit dia akan buat check-up rutin n then baru dia buat scalling kalau perlu...=)

      Delete
    2. Hello , kalau lepas scalling boleh makan tak? Dan darah yg keluar selepas scalling normal tak??

      Delete
  5. saya baru buat scaling 2hari lepas.lepas scaling gusi depan bawah asyik gatal je...gatal sampai ke bibir bawah.asyik nk gigit bibir bawah je rasanya..lepas tu asyik terkan2&cucuk2 perlahan kat gusi bwh esp celah gigi depan sebab xtahan gatal..sgt2 xselesa..gusi bahagian lain yg sebelum tu penuh plak tak gatal plak..gatal kat depan&bawah je..normal ke ye..?

    ReplyDelete
  6. Saya baru nak buat scaling..first time..riso juga takut sakit..scaling ni sakit cne eh?

    ReplyDelete
  7. Anonymous13/3/18 20:11

    salam singgah sini..blog saya https://cararesepi.blogspot.my/

    ReplyDelete
  8. Salam
    Sy ada buat scaling dlm 2 mgu lepas, ms skaling dktr bgtau ada inflammation. Dan sekrg gusi sy msih berdarah (kdg2 byk kdg sikit) normal ke? Apa yg perlu saya buat?

    ReplyDelete
  9. baru buat smlm..boleh tahan juga sakit nya..doktor ckp gusi sy ada problem skit sbb tu rasa skit

    ReplyDelete