Saturday, May 7, 2011

~~=_=~~


Assalamualaikum wbt…

Alhamdulillah, bertemu lagi kita di blog aku yang tak seberapa ni…hari ni hari Jumaat (secara Islamnya dah masuk hari Sabtu pun lepas terbenam matahari waktu maghrib tadi….). Hampa yang lelaki yang baligh lagi berakal pi solat Jumaat tak siang tadi? Jangan nak bagi alasan macam2 ya…kalau dah namanya lelaki dan dah baligh, WAJIB pi solat Jumaat…no excuse…kang kena sumpah jadi batu baru hampa tau…hehe…

Hari ni aku tak tau nak post tentang apa…takdak idea la pulak…coz 2-3 hari ni aku sangat tak berapa nak ada mood…aku sendiri tak pasti kenapa mood aku terganggu…rasa macam ada benda yang tak kena…rasa macam ada kehilangan sesuatu…macam tak berapa nak lengkap ja hidup aku ni…apa benda la pulak yang mengganggu emosi aku ni? Haisshh…jiwang ke aku ni sebab aku rasa aku macam tengah layan blues ja sekarang…aku cukup tak suka la bila timbul feeling2 macam ni…tapi apa nak buat kan? Sebagai manusia normal, aku pun ada perasaan jugak untuk dilayan…dah takdak orang nak layan aku, aku layan feeling sorang2 je la…hehe…bukan aku sengaja nak layan2 feeling ni…aku dah cuba sibukkan diri aku dengan macam2 perkara, tapi feeling tu tetap ja ada kat situ…tolong la pi jauh2…banyak lagi benda aku nak kena fikir, nak kena selesaikan…haishh…

Dan bila dah terlayan feeling2 ni, secara automatiknya jugala aku terlayan lagu2 jiwang…macam biasa la kan…haha…tapi selit2 la jugak ngan nasyid2 kontemporari…ustaz rock la katakan…haha…perasan betul…=P…

Urmm…dan sekarang aku tengah sangap sangat2 untuk merempit…padahal selama hampir dua tahun aku kat Medan ni aku tak kisah pun pasal nak naik motor ni walaupun sesekali aku ada la juga bawa motor secara pinjam or sewa kat sini…tapi sekarang ni aku rasa teringin sangat nak merempit…aku bukanla mat rempit pun sebenarnya…budak baik kot…haha…tapi bila aku dah tensyen ni, macam2 la yang aku teringin nak buat…rasa2 macam nak kena buat Jelajah 1 Malaysia lagi ja ni bila balik cuti semester nanti…selalu aku layan highway PLUS dari Kedah sampai KL ja kan, cuti nanti apa kata kalau aku lajak sikit sampai ke Johor? Baru la lengkap jelajah aku…walaupun bukan ada siapa pun aku nak jumpa kat Johor, tapi apa salahnya round2 ke sana kan? Kata orang jauh perjalanan, luas pemandangan…hehe…

Impian aku...Insyaallah...=)
Buat pengetahuan hampa, aku ni bukanla mat rempit pun…tapi aku sangat suka ngan motor superbike…dan Insyaallah niat di hati bila dah keja nanti, aku nak memiliki sebijik superbike…dimulakan dengan Kawasaki Ninja 250 cc…dah lama aku ngidam motor yang sebijik ni…disamping nak berbakti kepada mak ayah aku dengan duit gaji aku nanti, apa salahnya kan aku ada impian untuk memiliki harta sendiri, asalkan impian aku tu tak sampai melalaikan aku dari mengingati tanggungjawab aku sebagai hamba Yang Maha Esa…Insyaallah…=) 


Hurmm…nampaknya aku kenala lebih menyibukkan diri lepas ni untuk memastikan feeling2 yang tak berapa sedap untuk dilayan ni terus menguasai diri dan minda aku…nak merempit kat sini motor pula takdak…haha…kuatkan semangat izwan…hidup di perantauan memang macamni...sabar ya...mungkin ini adalah ujian Allah untuk aku…zikir dan bacaan Al-Quran akan membantu aku mengatasi perasaan tak sedap hati ni…Insyaallah, moga Allah terus memandu aku dalam redha-Nya, dan jauhkan aku dari perkara2 yang dimurkai…coz bila dah melayan perasaan ni mula la syaitan dan sekutu2nya cuba nak menguasai jiwa…Nauzubillah…

Dah la, aku nak isi masa aku ngan perkara berfaedah yg lain pulak…kalau merepek kat sini sampai esok pun tak habis…hehe…nantila aku merepek lagi ya…La taqaf wa la tahzan, Innallah ha maa’na…tau apa maksudnya? Jangan takut dan jangan bersedih, sesungguhnya Allah sentiasa bersama2 kita…peringatan untuk diri aku sendiri…=)

Wallahua’alam….

2 comments:

  1. assAlamualaikum!!hehe..sje nak mnyebuk kat cni..well..haha!!hidup di perantauan tu lebeh bermakne bile kte blajar erti hidup kan??n u are very lucky bcoz u r da choosen one!i mean..it doesnt mean dat we as a local here dont have any sense of survival bcoz we live in our own country bro!hehe..jus wanna share wif u some spirit!live outside of your boundary will teach you a lot!u should be proud y u r there!!~*tpi jngn smpi riak..bisik kat dlm hati sndri je k..*hehe..chaiiyokkk abg izwan!!~may Allah always be wif u bro!=)moge impian mnjdi knyataan~

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam wbt...thanks elly sudi baca post abg ni and kongsi kata2 semangat ngan abg...very appriciate it!!...thanks a lot ya dik...Insyaallah abg akan ingat apa yg elly katakan ni untuk abg terus semangat teruskan perjuangan kat sini...betul cakap elly tu...walau di mana pun kita study, kita tetap belajar berdikari dan memperbaiki diri, kerana ilmu yang lebih bermakna itu adalah bila kita mendapatkannya melalui pengalaman setelah kita melaluinya sendiri...kan?....Insyaallah moga Allah sama2 memudahkan urusan kita dalam jihad menuntut ilmu ni...may ur dream come true also...thanks my sis...;)

    ReplyDelete