Monday, May 2, 2011

~~Sekapur Sirih~~

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah, segala puji dan syukur pada Allah, akhirnya impian aku nak ada blog sendiri tercapai juga. Kalau tak salah aku dah hampir dua tahun aku plan nak buat blog ni. Sekarang barula ada masa nak buat. Selama ni asyik baca blog2 orang ja. Harap2 dengan blog ni nanti dapatla aku jadikan wadah untuk kongsi2 ilmu, pengalaman atau apa jua perkara yg berlaku kat sekeliling aku. Tak kisahla blog aku ni nanti akan ada orang baca atau tak, yg penting aku dapat curahkan idea2 yg ada dalam kepala aku ni pada tempat yg betul. Simpan sorang2 pun nanti mau berkulat dalam kepala aku...kan? (macam betul ja dalam kepala ada kulat...hehe...)

Pada mereka2 yg bakal baca blog aku ni, komen dan saran amatlah aku harapkan demi utk aku jadikan panduan dalam meningkatkan skill blogging aku nanti. Macam apa la pulak kan siap ada skill2 lagi. Haha...
Aku pun malas nak berleter panjang2, better aku stop dulu kat sini. Nak cari idea and bahan utk post next entry pulak. Harap2 nanti blog ni takla terbengkalai tengah jalan ja kan, macam kata pepatah tu 'hangat2 tahi ayam'...awal2 ja semangat nak buat blog pastu update setahun sekali, berkulat blog tu nanti dalam ni...harap2 nanti aku ada la masa nak update selalu blog ni....Insyaallah....=)

Wallahua'alam....

p/s: kiranya tanggal 1 Mei ni adalah tarikh lahir bagi blog aku la..sempena dgn Hari Pekerja...hehe...=)

2 comments:

  1. ish. kita komen semalam tak kuar.
    suka kulat ea? kalau orang utagha panggil cendawan kulat. aha.

    ReplyDelete
  2. hehe...suka kak...kulat buat sup sedap tu...sup cendawan namanya...hihi...;)

    ReplyDelete