Assalamualaikum wbt….
Alhamdulillah, ni adalah 1st entri aku dlm blog ni lps kata2 aluan semalam…(macam perasmian apa la pulak kan siap ada kata2 aluan…haha…). Hari ni adalah 1st day aku dalam blok baru. Blok kali ni adalah tentang Maksilofacial 1, dan merupakan blok terakhir bagi semester ni. Jangan confius pulak ye, aku refer kan BLOK, bukan BLOG…same pronounce, but different meaning…ejaan pun lain tu…kalau hampa semua nak tau, aku kat USU ni cara belajaqnya agak lain sikit berbanding kat IPTA di Malaysia. Kalau di Malaysia gunakan sistem semester, kalau aku kat sini guna sistem KBK (Kurikulum Berbasis Kompetensi). Secara ringkasnya, sistem ni membahagikan satu semester tu kepada beberapa fase pembelajaran. Fasa ni la yg dirujuk sebagai BLOK. Biasanya satu semester ada lebih kurang 3-4 blok yang akan belajaq mata pelajaran yg berbeza antara satu blok dgn blok yg lain. Aku sekarang dah semester 4 dan dah 12 blok aku pelajari sebelum ni. Sekarang aku sedang belajaq Blok ke- 13 tentang Maksilofacial 1. Secara garis kasar, blok 13 ni akan membahaskan tentang major subjek dari Department Bedah Mulut. Sound interesting right? Tapi di samping bedah mulut, ada juga subjek2 minor yg terintegrasi sama2 iaitu tentang Anestesi, Penyakit Dalam, Radiologi dan beberapa subjek lain. Hampa paham ka aku dok merepek apa ni? Kalau paham Alhamdullillah, baguihla…kalau tak paham, hampa buat2 la paham ya…kalau tak boleh nak buat2 paham, jgn segan2 tanya aku ya…hehe…;)
Sebenaqnya, aku ada perancangan nak buat Specialist dalam bidang Bedah Mulut ni lps aku dah abis degree nanti. Tu yg aku macam excited ja nak belajaq blok Maksilofacial ni. Hehe…aku akui memang payah nak buat specialist dlm bidang ni, tp aku kan suka cabaran, baru la meriah sikit hidup ni kan? Hehe…Insyaallah, tp ni cuma perancangan je la…aku pun tak tau lagi apa yg bakal aku lalui nanti di masa depan. Tapi kata org, tanpa cita2 dan impian, mana mungkin akan ada kenyataan kan? Mudah2an apa yg aku rancangkan ni akan selari dengan apa yg Allah dah rancangkan ke atas aku…Insyaallah.
Tapi tadi just belajaq pasal intro2 je la. Macam sejarah perkembangan bidang ilmu bedah dan anestesi suma. Memang sebijik macam kelas sejarah and geografi, but I enjoy it. Hehe…tapi ada la juga member2 aku yg macam ngantuk2…haha…standardla kan belajaq sejarah…;)
Die Hard Fan ARSENAL FC...;) |
Hari ni aku macam semangat sikit nak mulakan hari pertama dalam minggu ni. Nak tau kenapa? Haaa….sebabnya semalam Arsenal menang lawan rival tradisi dalam EPL. Siapa lagi kalau bukan Man.U…dah berapa tahun kot Arsenal tak menang lawan ngan Man.U ni…so mmg puas hati sangat2 la semalam. Dah la dapat tengok match live ngan housemate aku (Joel dan Triven) kat Waroeng Triboy, pastu menang pulak lagi tu…haha…aku memang excited sikit cita pasal bola ni, tambah2 melibatkan team feveret aku (Arsenal)…die hard fan la katakan…hehe…apapun, Alhamdulillah syukur sbb menang. Aku dah tak kisah dah Arsenal tak jadi EPL champion tahun ni dan aku pun tak kisah kalau kena tunggu satu season lagi utk tengok Arsenal julang piala, YANG PENTING ARSENAL MENANG LAWAN MAN.U SEMALAM…hehehe….jgn marah ye fan2 Man.U. Kesian pulak aku tengok Joel smlm murung lps habis match. Hehe…bukan selalu kan Man.u kalah ngan Arsenal, so bagi la chance sikit aku nak ecxited ni…hehehe….=D
Aaron Ramsey...hero Arsenal semalam...;) |
Aku rasa ni ja kot yg aku nak merepek. Esok2 la pulak sambung, ikut idea banyak ja aku nak tulis ni, tp kang hampa ‘fed up’ pulak nak baca celoteh aku panjang2 (macamla ramai yg nak baca blog aku ni…perasan ja lebih…haha…peduli apa kan?....=P…) Moga esok aku akan terus bersemangat utk belajar perkara2 yg baru, Insyaallah….
Wallahua’alam…..=)
No comments:
Post a Comment