Tuesday, May 3, 2011

~~Hukum memakai braces di sisi Islam~~


Assalamualaikum wbt…

Pendakap gigi (braces)
Hari ini aku nak buat post yg agak ilmiah sikit…hehe…memandangkan aku sekarang penuntut dalam bidang Pergigian, maka aku cenderung nak kongsi ngan hampa semua tentang suatu isu di bidang yang aku pelajari, iaitu berkenaan dengan pemakaian GIGI BESI. Gigi besi??? Apa tu??? Haha…gigi besi ni aku ja yang bagi nama dia, sebenaqnya nama umum bagi gigi besi adalah pendakap gigi (braces).
Jongang...=D
 Pendakap gigi atau nama saintifiknya, orthodontic braces atau brackets digunakan secara meluas dalam bidang pergigian untuk membantu membentuk semula permukaan gigi yang tidak rata. Dalam istilah pergigian, permukaan gigi yang tidak rata atau renggang disebut sebagai DIASTEMA. Kalau orang utagha panggil ‘jongang’….hehe…teringat pulak aku kat drama Halimah Jongang kat Astro tu....=D



Namun begitu timbul pertanyaan dari sudut agama, apakah hukumnya kita memakai braces? Adakah ianya diperbolehkan dalam Islam? Atau pun hukumnya itu sama seperti mengubah kejadian dan ciptaan Allah?

Mungkin ramai yang tidak mengetahui hukum sebenar bagi permasalahan ini. Jika dilihat, semakin ramai remaja sudah mula memakai pendakap gigi terutamanya dalam kalangan pelajar universiti dan sekolah menengah. Adakah ia haram? sunat? wajib?

Berdasarkan pembacaan saya terhadap beberapa artikel yang saya search, dinyatakan bahawa braces yang dipakai dengan tujuan untuk membetulkan kedudukan gigi atau merawat gigi adalah DIPERBOLEHKAN di sisi Islam dan ia bukan dari larangan yang dinyatakan di dalam hadis yang dikategorikan sebagai mengubah ciptaan Allah. 

Nabi s.a.w bersabda :

لَعَنَ اللَّهُ الْوَاشِمَاتِ وَالْمُسْتَوْشِمَاتِ وَالنَّامِصَاتِ وَالْمُتَنَمِّصَاتِ وَالْمُتَفَلِّجَاتِ لِلْحُسْنِ الْمُغَيِّرَاتِ خَلْقَ اللَّهِ
“Allah melaknat wanita yang membuat tattoo dan wanita yang telah memakainya, wanita yang mencabut bulu diwajahnya dan wanita yang telah melakukannya, dan wanita yang meluaskan jarak diantara gigi mereka atau orang lain bagi tujuan kecantikan, menukar apa yang Allah telah ciptakan.” (Shahih Muslim #3966)
                                                                                                           


Imam Al-Nawawi r.a menjelaskan :-

المتفلجات للحسن ) فمعناه يفعلن ذلك طلبا للحسن , وفيه إشارة إلى أن الحرام هو المفعول لطلب الحسن , أما لو احتاجت إليه لعلاج أو عيب في السن ونحوه فلا بأس والله أعلم )
“Meluaskan jarak gigi bermaksud sesuatu yang dilakukan ke atas gigi bagi menjadi seseorang itu kelihatan cantik, dan ini menunjukkan bahawa ia adalah HARAM, iaitu apabila dilakukan bagi tujuan kecantikan, akan tetapi bagi merawat masalah yang berlaku kepada gigi, maka tidak ada salah melakukan, Dan Allah lebih tahu yang sebaiknya.”


Menurut Dr Rafa’at Fawzi Abdul Muttalib, Prof Universiti Dar al-Ulum, pendakap yang dipakai untuk membetulkan kerosakan gigi adalah DIBENARKAN.


Syeikh Faizal al-Moulawi, Naib Pengerusi Majlis Fatwa Eropah pula berkata :

تقويم الأسنان لأسباب صحية جائز شرعاً، بل قد يكون مطلوباً أيضاً
“Braces atau pendakap gigi bagi tujuan KESIHATAN adalah dibenarkan menurut syarak, bahkan ia juga diperlukan”

Menurut sekumpulan Mufti Islam Online pula, “As long as the bracing is done to fix a problem, then it is allowed and there is nothing wrong with it.”, iaitu selama mana pendakap itu membaiki sesuatu kerosakan, maka ia dibenarkan.

Apatah lagi, secara umum berubat itu juga dianjurkan oleh syariat. Dan pemakaian braces ini juga boleh dikategorikan sebagai salah satu teknik rawatan (khusus bidang pergigian, iaitu membetulkan kembali struktur normal gigi supaya fungsi normal gigi dapat dicapai kembali iaitu untuk pengunyahan dan membantu sewaktu bertutur). 

Berdasarkan riwayat Abu Darda' Radhiyallahu 'Anhu ia berkata: Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wassalam bersabda:
"Sesungguhnya Allah menurunkan penyakit beserta ubatnya, dan Dia telah menetapkan bagi setiap penyakit ubatnya, maka janganlah berubat dengan perkara yang haram." (H.R Abu Dawud #3372)


Jumhur ulama dari kalangan Hanafiyah dan Malikiyah berpendapat bahwa berubat hukumnya mubah (boleh). Sementara ulama Syafi'iyah, Al-Qadhi, Ibnu Aqil dan Ibnul Jauzi dari kalangan ulama Hambali berpendapat hukumnya mustahab (dianjurkan).
ikan pun pandai pakai braces...;)

Moga2 dengan sedikit perkongsian ini dapat sama2 menambahkan kefahaman kita tentang hukum memakai braces ini, supaya disamping kita berusaha mencari rawatan untuk setiap penyakit yang kita hadapi, kita juga dapat menambahkan pahala kerana kita beramal dengan ilmu yang kita miliki, bukan semata2 berdasarkan ikutan tanpa memahami maksud sebenar dari tujuan rawatan tersebut…Insyaallah…=)



hensem jugak ya mamat ni walaupun jongang...haha..;)

Wallahua'alam....


p/s: Alhamdulillah, aku tak perlu pakai braces walaupun gigi aku ni takla berapa nak cantik sangat, tapi bila senyum tu adala juga yang terpikat ngan seyuman aku yg manis ni....haha...perasan...gurau2 je...=P

2 comments:

  1. Anonymous3/5/11 23:11

    xterpikat langsunggggggggg....... harap maklum! ;p

    ReplyDelete
  2. Salam, maaf komen pd post lama. Sekadar bertanya kalau pkai braces dgn tujuan mbetulkan kdudukan gigi yg btrabur bgaimna? Tiada mslh pertuturan atau fungsi mgunyah.

    ReplyDelete