Monday, May 16, 2011

~~Selamat Hari Guru...(^_^)...~~


Assalamualaikum wbt….

Entry kali ni aku tujukan khas buat insan yang amat istimewa dan banyak berjasa buat kita semua, siapa lagi kalau bukan GURU…Ya, insan inilah yang banyak menabur bakti kepada kita semua, tak kira penat lelah dan rasa putus asa dalam usaha mendidik dan mengajar kita dari sebuah tin kosong menjadi insan yang berjaya. Tak kiralah apa jua panggilan kita buat mereka, sama ada guru/cikgu/teacher/encik/mam dan sebagainya, jasa mereka pada kita amatlah besar dan tak ternilai rasanya, malah belum tentu kita mampu membalas kembali jasa-jasa tesebut. Tanpa didikan mereka, belum tentu kita akan berada pada tahap yang kita duduki sekarang. Jadi janganlah kita semua melupakan jasa mereka pada kita, kerana mereka ibarat ibu bapa kedua kita selepas ibu dan bapa kandung kita. Moga guru-guru di Malaysia khasnya dan guru-guru di seluruh dunia umumnya akan terus berusaha mendidik anak bangsa tanpa rasa putus asa dan penat lelah…

“Ya Allah ya Tuhanku, ampunilah dosa guru-guru yang pernah mendidikku, permudahkanlah segala urusan mereka di dunia dan di akhirat, tabahkanlah hati mereka agar mereka terus kuat untuk mendidik anak bangsa menjadi insan yang berjaya dan berilah balasan yang baik buat mereka, kerana tanpa mereka, belum tentu aku mampu berdiri dengan kaki sendiri di tahap yang aku berada sekarang…Hanya Engkaulah yang mampu membalas segala jasa-jasa mereka padaku selama ini…Amin Ya Rabbal A’alamin…”

Buat semua guru-guru di luar sana, SELAMAT HARI GURU…hanya doa dari jauh yang mampu aku tujukan buat kalian…moga kalian semua sentiasa berada dalam rahmat dan redha Allah…Insyaallah….=)

Dan hayatilah puisi di bawah ini, karya dari Sasterawan tersohor Negara, Allahyarham  Dato’ Usman Awang…


Guru oh Guru

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetlaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakill seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Usman Awang
1979


Daripada Abu Umamah al -Bahili, Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya Allah, malaikat dan ahli (penduduk) langit dan bumi; hinggakan semut di dalam lubang dan juga ikan paus ( meliputi seluruh haiwan di darat dan di laut ) mendoakan kebaikan ke atas orang yang mengajar perkara yang baik kepada manusia". (Riwayat al-Tirmizi)

“Dan juga supaya orang-orang yang beroleh ilmu mengetahui bahawa ayat-ayat keterangan itu benar dari Tuhanmu, lalu mereka beriman kepadanya, sehingga tunduk taatlah hati mereka mematuhinya dan sesungguhnya Allah sentiasa memimpin orang-orang yang beriman ke jalan yang lurus.” (Surah Al-Hajj 22: Ayat Ke 54)




Selamat Hari Guru!!!...


Wallahua’alam…

Saturday, May 14, 2011

~~Jangan mencari yang terlalu SEMPURNA~~

Assalamualaikum wbt…

Akhirnya dapat juga aku buka blog ni…penat aku tunggu nak update blog, dari semalam lagi tak boleh buka…blogger buat maintenance kot…tak kisahla kan, yang penting dah boleh buka…Alhamdulillah….=) 
Nak study takde mood pulak…Dah berapa hari aku takde mood nak study…entahlah…malas nak fikir pasal study buat masa sekarang…Jadi aku pun ringan2kan tangan search artikel kat internet…Then terjumpa satu artikel ni, nak kata tentang motivasi tak la berapa motivasi sangat pun…tak tau nak klasifikasikan sebagai apa…hehe…tapi ianya menyentuh tentang hubungan (percintaan)…dan artikel ni merupakan perkongsian ilmu dari penceramah motivasi terkenal negara kita, siapa lagi kalau bukan Dr. Fadzillah Kamsah (bukan Fadzillah Come-To-Me tu ya…hihi…) Ok kat sini aku copy and pastekan artikel tu buat tatapan kita semua ya… Moga2 ianya bermanfaat buat kita, Insyaallah….=)


Jika kamu memancing ikan…Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu...Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja...Karena ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup…
Begitulah juga...Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya...Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja...Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu...  

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh...Cukuplah sekadar keperluanmu...Apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk kamu menambalnya semula...Akhirnya ia dibuang...Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi...
 Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya...Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa...Anggaplah dia manusia biasa…Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya…Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....  

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi, yang kamu pasti baik untuk dirimu…Mengenyangkan dan berkhasiat…Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain…Terlalu ingin mengejar kelezatan…Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya…Kamu akan menyesal…  
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan, yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu…MENYAYANGIMU...MENGASIHIMU...Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain…Terlalu mengejar kesempurnaan…Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain…Dan, KAMU JUGA YANG AKAN MENYESAL....



Moga apa yang aku kongsikan ni dapat membawa manfaat buat kita semua...Insyaallah...hargailah orang-orang yang menyayangi mu, kerana dengan itu kamu akan dapat merasai bertapa bertuahnya kamu memiliki orang yang begitu sayangkan kamu, lebih dari dia menyayangi dirinya sendiri...


Wallahua’alam….


Wednesday, May 11, 2011

~~Dosen tak tahu jadual kuliah???~~


Assalamualaikum wbt…

Hari ini aku nak kongsi perasaan aku yang tak berapa nak sedap ni. Awatnya? Haaa….ni la yang aku nak cerita ni…bukannya pasai apa pun, just perasaan kesal aku ngan sikap dosen di USU ni. Hari ni aku sepatutnya ada kelas sebelah petang ja selama dua jam, dari pukul 13.30 sampai 15.30…Sebelah pagi aku free. Jadi pagi tadi aku just isi masa lapang ngan teman kesayangan aku ja, siapa lagi kalau bukan laptop aku yang uzur ni dengan menonton movie Star Wars V: The Empire Strikes Back…Walaupun uzur (umur dia kalau tak salah aku dah hampir mencecah 8 tahun), tapi teman kesayangan aku ni masih mampu memberikan khidmat yang terbaik untuk aku dan tak pernah meragam…Alhamdulillah…=)

Ok, back to the story…lepas ja abis tengok movie, ngam2 pukul 12.30 orang azan Zohor…pandai aku timing kan? hehe…so aku shutdown laptop, capai towel untuk mandi dan siap2 nak pi kelas…awal pagi dah mandi sekali, tapi nak pi kelas mandi lagi sebab rasa agak panas dan tak selesa, maklumlah cuaca sekarang memang panas pun di serata dunia…Lepas ja siap2 mandi, aku pakai baju kuliah dan solat Zohor…then touch up rambut sikit, pakai kasut dengan azam yang tinggi dan semangat yang berkobar2 nak ke kelas…Sebab hari ni belajar subjek medic (FK) tentang “Hubungan Anestesi dengan Penyakit Dalam”…aku kan cita2 nak buat Specialist Bedah Mulut (Maksilofacial), so bab2 anestesi ni aku perlu la kuasai kan…tu yang aku bersemangat nak ke kelas hari ni…hehe

So lepas siap2 semua, aku pun melangkah keluar dari rumah sewa aku dengan kalimah Bismillah, moga2 berkat ilmu yang aku bakal dapat nanti…Masa on the way nak ke kampus, terserempak ngan classmate aku Melinder kat tengah jalan…Dia pun on the way juga nak pi kelas, so kami jalan sama2…sambil jalan sembang2 sikit pasal skills lab CPR esok…hehe…

Jalan punya jalan, akhirnya kami sampai la ke fakultas yang tercinta…tapi aku dah tak sedap hati dah masa mula2 sampai tu…Sebabnya masuk ja ke kelas, lampu kat dewan kuliah tak hidup…Macam biasa la mati lampu, tapi Alhamdulillah projector hidup, so aku fikir tak jadi alasan la kuliah hari ni cancel coz still boleh pasang slide. So aku ambil tempat duduk dekat barisan yang agak depan, kebetulan Cindy dan Irene sampai awal, so depa tolong ‘book’ tempat. Aku tengok jam masa tu tepat pukul 13.30…Aku menunggu dengan penuh semangat…5 minit pertama dosen tak sampai…Standardla kan dosen masuk lambat…Aku tunggu lagi sambil selak2 buku modul blok…Dosen tak sampai lagi, dah 10 minit lewat…Komting kelas aku, Luqman pun tak nampak bayang dia kat mana…Budak2 kelas semua standardla kalau dosen tak masuk, apalagi, memekak la sembang sana sembang sini, gossip sana gossip sini…Aku pulak jenis tak cakap banyak, tengok ja perangai ngan kelaku sorang2…Aku memang minat tengok gelagat orang ni…hehe…15 minit, 20 minit, 30 minit…masa berlalu dengan agak tak berapa pantas…Last2 bukan dosen yang masuk, tapi komting aku, Luqman yang masuk…Gaya dia masuk tu aku dah boleh bajet dah apa yang dia bakal announce kan…”Teman2, maaf ya…Hari ini kuliah kita gak jadi kerna dosennya gak dapat jadwal kuliah, makanya dia gak tahu dia sepatutnya kasi kuliah sama kita hari ini”….Hampehh!!...kan tepat dugaan aku tadi…patutla awal2 lagi masa sampai ke kelas tu aku dah tak berapa nak sedap hati…rupa2nya memang ada petanda yang tak berapa nak baik…Dah lepas ni nak kena ganti kuliah pulak…kan buang masa namanya tu??? hurmmm….

Aku tak kisahla kan kalau nak cancel kuliah tu, tapi alasan yang diberi sangatla tak dapat diterima…Dosen tak dapat jadwal?? ada ke patut macamtu?? Bukan itu memang dah tugas dosen ke ambil tahu dia kena ajar bila, masuk kuliah bila, ajar tentang apa…Macam juga mahasiswa, kena tahu peranan sebagai mahasiswa…Datang kuliah awal, ambil tahu apa yang bakal diajar sebelum kuliah dan sebagainya…Bukan nak pertikaikan peranan dosen sebagai tenaga pengajar, tapi masing2 harus tahu peranan masing2…Barula flow ilmu tu dapat berjalan lancar…Ini tak, nak harapkan student ja yang tahu peranan dia, dosen/lecterer/cikgu tak perlu tahu ke peranan untuk mengajar? Jangan salahkan student 100% andai student tak mampu nak capai standard yang sepatutnya, kadang2 student sangat bersemangat nak belajar, tapi semangat dia tu ‘dibunuh’ oleh pelbagai faktor luaran yang tak sepatutnya timbul…salah satunya dari sikap tenaga pengajar sendiri yang kurang bertanggungjawab…

Aku buat post ni bukan sebab apa, tapi dah geram sangat ngan fenomena dosen kat USU ni…Selalu ja macamni, especially bila melibatkan subjek2 dari FK…mungkin kami student FKG ni hanya ibarat ‘anak tiri’ kepada dosen2 FK, tapi tak kisahla kan, tanggungjawab tetap tanggungjawab…tak fikir ke ada student yang dok jauh dari kampus, sanggup datang naik angkot tengah2 panas untuk menuntut ilmu, tapi bila sampai ja ke kelas, semangat nak belajar dia tu ‘dibunuh’ oleh satu statement ‘Dosen tak tahu jadual kuliah’???...Jadi jangan salahkan student tu lagi andai lepas dari kejadian2 yang berulang kali ni, dia akan ponteng kelas selalu, sebab bagi dia, dia akan rasa buat apa datang kelas tapi buang masa sebab dosen tak masuk, baik study sendiri dekat umah….Renung2kanlah….

Wallahua’alam….

Monday, May 9, 2011

~~Perkataan yang dituntut Syariat~~


Assalamualaikum wbt…

Hari ini aku nak kongsi dengan hampa semua tentang ucapan atau kata2 yang dituntut untuk kita menyebut dan melafazkan bila kita berhadapan dengan beberapa keadaan dan situasi. Aku dapat idea untuk kongsi benda ni lepas aku baca post blog dari junior aku kat FKG, ukhti Nur Afiqah Mohd Anuar dengan tajuk entry “Beginikah Identiti Muslim?”. Kredit untuk ukhti Afiqah atas entry-nya  kerana sangat bermanfaat. Hampa boleh rujuk entry tu dekat link yang aku sediakan tu supaya nampak relation apa yang aku bahaskan kat sini… Jadi lepas ja baca post tu, aku terfikir apa yang dikatakannya memang benar, dan itulah realitinya yang berlaku pada generasi zaman sekarang. Aku tak pasti pengaruh apa yang mendominasi terjadinya hal2 seperti ni; adakah kerana pengaruh media, filem barat ataupun faktor lain, yang pasti hal ini aku lihat sendiri sebagai suatu fenomena yang agak ‘parah’ walaupun melibatkan sesuatu yang dilihat agak remeh oleh sesetengah pihak. Andai tak dibendung, tidak mustahil suatu hari nanti kita takkan lagi mendengar ucapan2 berunsurkan syariat di bibir umat Islam, sebaliknya digantikan dengan ucapan2 yang berbaur ‘kebaratan’, malah yang lebih parah lagi kata2 kesat…Nauzubillah… 

Dalam hal ni, tarbiyyah amat penting…bagi mereka yang sedar tentang ‘keparahan’ hal ini, marilah sama2 kita cuba mendekati dan cuba tanamkan kesedaran bagi orang2 yang terjebak dengan fenomena ni, tak kisahlah orang tu kawan kita, sahabat, adik, abang, kakak atau siapa2 pun…jangan kita cemuh mereka,  sebaliknya gunakan pendekatan secara berhikmah supaya mereka dapat mesej yang kita cuba sampaikan, dan seterusnya cuba untuk memperbaiki diri, meninggalkan ucapan2 atau kata2 yang kurang sedap didengar tu dan menggantikannya dengan kata2 dan ucapan2 yang dituntut syariat…Sesuai dengan Firman Allah dalam Surah An-Nahl, ayat 125: 

"Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang baik dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang paling baik".

Insyaallah sama2 kita saling memperingati, menasihati dan memperbaiki diri…kerana kita sebagai manusia tidak dapat mencapai kesempurnaan, namun kita boleh berusaha untuk menjadi manusia yang lebih baik…

Allah berfirman:

"Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal saleh dan berkata: "Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri?". Dan tidaklah sama kebaikan dan kejahatan. Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, maka tiba-tiba orang yang di antara kamu dan dia ada permusuhan seolah-olah telah menjadi teman yang sangat setia. Sifat-sifat yang baik itu tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang mempunyai keberuntungan yang besar". (Surah Al-Fushilat: 33-35)


Kat sini aku juga sertakan sekali beberapa ucapan yang patut kita ucapkan bila berhadapan dengan situasi tertentu, sesuai seperti yang diajarkan oleh syariat yang dibawa oleh junjungan kita Rasulullah SAW…moga ianya dapat kita jadikan panduan dan amalan dalam kehidupan kita sehari2...Insyaallah...=)




Wallahua’alam…